Mandriva yang dijangka akan menemui para pengguna pada 29 April ini, sudah pun mengeluarkan Mandriva 2009.1 Release Candidate 1 dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit. Melalui versi RC ini, Mandriva membawakan pelbagai perkara baru pada distro mereka, termasuk Kernel 2.6.29, KDE 4.2.1, GNOME 2.26 RC, OpenOffice.org 3.0.1 dan pelbagai perkara lain lagi.
Salah satu fungsi baharu yang menjadi perhatian adalah fungsi System Restore yang sama seperti pada sistem operasi Windows, membolehkan para pengguna mengembalikan keseluruhan sistem mereka kembali kepada suatu tarikh yang menjadi pilihan mereka. Fungsi ini dikenali sebagai Draksnapshot pada Mandriva Linux.
Selain daripada itu, Mandriva juga mengintegrasikan HDT (Hardware Detection Tool), yang mana terdapat pada Syslinux 3.73, membolehkan anda mengetahui deskripsi penuh perkakasan hardware anda tanpa perlu boot sistem anda. Mandriva Linux 2009.1 juga bakal menyokong fungsi sistem EXT4 yang baru.
Ianya dijangka akan dilepaskan pada April 2009, bersama-sama dengan beberapa sistem operasi ternama yang lain, termasuk Ubuntu 9.04 dan juga Fedora 11 Leonidas.


Tiada Komen