Setelah kejayaan FOSS yang diadakan pada tahun lepas, kini kerajaan memberikan perhatian yang serius kepada dunia sumber terbuka dan linux. Aktiviti terkini yang bakal dianjurkan dengan usahasama MSC Malaysia adalah Konvensyen Sumber Terbuka MSC Malaysia 2009 (MSC Malaysia Open Source Convention 2009) yang mana bakal diadakan di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center, Kuala Lumpur daripada 31 Mei 2009 hingga 3 Jun 2009.
Konvensyen pertama yang bakal diadakan ini bakal menemukan lebih 600 pembangun, pakar dan pengguna sumber terbuka di satu tempat. Ianya juga bakal membincangkan bagaimana perisian dan komuniti sumber terbuka boleh membantu secara kreatif untuk terus hidup ketika krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini.
Selain daripada konvensyen yang diadakan, MSC OSCON juga menyediakan aktiviti khas untuk para pembangun (OSDC), yang bakal membincangkan pelbagai perkara dalam pembangunan web dan aplikasi sumber terbuka. Lebih 60 jurucakap bakal memberikan ucapan mereka, selain membicangkan pelbagai topik-topik menarik yang berkaitan dengan industri sumber terbuka pada masa kini.
Kredit: Harisfazillah


Terima kasih. Jika anda berminat untuk terlibat dengan komuniti dalam meyumbang idea dan tenaga sila email kepada saya. Mana-mana individu pun kami alu2 kan.
Hmmm.. orang biasa macam saya nih, bleh pergi x?
http://dungun.org
mungkin lepas ni kita dapat lihat kerajaan mengaplikasikan ‘open source’ dalam jabatan awam. server gov.my misalnya, akan ditukar dari microsoft windows server kepada linux dan ‘office suits’ di sekolah-sekolah kerajaan akn ditukar dari microsoft office kepada openoffice.org.
=)
Sumber terbuka sepatutnya 100% sumber terbuka dan kerajaan harus bermula dari awal. Perkenalkan sumber terbuka di TV. Contohnya Linux dan kebaikkannya. Hari bersejarah macam ini pun sepatutnya diumumkan dalam TV dan bukan kat Internet sahaja.
MSCOScon sepaptutnya medan orang2 sumber terbuka macam kita untuk bertemu dan berbincang, untuk memperkembangkan lagi OSS.
jom kita pakat pergi sama-sama.supaya kerajaan dapat lihat perkembangan sumber terbuka di kalangan rakyat malaysia
Terima kasih komen yang membina. Memang usaha OSCC MAMPU ke arah itu. Tapi yang memerlukan sokongan semua pihak supaya lengkap eco OSS ini. Dan jemput dtg ramai-ramai ke persidangan.
Jika tidak kesempatan hendak semua hari diharapkan dapat berkumpul pada 31 mei. Masuk adalah percuma kepada semua pada hari tu.
Semalam dalam Metro ade keluar pasal osconf ni..
ape 2 linux?
kikikiki!!!!!
msc oscon 2 ape…
menatang ape 2?
=(