Perkara Baru Pada Ubuntu 9.04 Alpha 5

Pada 26 Februari yang lepas, pihak pembangun Ubuntu telah melepaskan versi pembangunan Ubuntu 9.04 Alpha 5 yang mana memperkenalkan sistem notifikasi yang diperkatakan sebelum ini. Selain daripada itu, Ubuntu 9.04 Alpha 5 juga memperkenalkan skrin log masuk yang serba baru.

Bermula daripada skrin login, Ubuntu 9.04 Alpha 5 memperkenalkan efek pudar hilang daripada skrin login ke desktop. Selain itu, kini desktop tidak lagi mengelungsur seperti dulu apabila diklik pada tab desktop di pepenjuru kanan bawah, sebaliknya hanya tetingkap yang terbuka sahaja mengelungsur, hasil daripada pengubahsuaian plugin desktop Compiz.

Ubuntu 9.04
Ubuntu 9.04 Alpha 5 [via]

Selain daripada itu, perkara utama yang diberikan perhatian dalam keluaran Ubuntu 9.04 adalah aplikasi notifikasi yang digembar-gemburkan sebelum ini. Melaluinya, anda boleh mengetahui sebarang kemaskini aplikasi dan perisian yang baru, selain beberapa notifikasi penting yang lain.

Ubuntu 9.04 versi akhir dijangka akan dilepaskan pada 23 April 2009, dan pelbagai pembaharuan drastik mula diperkenalkan bermula daripada versi Alpha yang ke-5 ini. Alpha 6 dijangka akan menemui pengguna pada 12 Mac 2009.

5 Komen

  1. KAIZER says:

    Tak sabar nak tunggu dia release betul.

  2. NajoBbhelenk says:

    kasi kabar kalau uda ada yaaa

  3. Komandotrg says:

    pergh… cun jugak tuh. Tapi jgn lupa.. guna2 gak, contribute lah jugak. Kat malaysia pun ada linux sendiri…
    Setakat ni saya thu 2 je. Embun(Ubuntu based) dan Oshirix2009 (debian Lenny based). harap Linuxmalaya.com bleh kaji dan preview lebih dalam….

  4. Dungun.OrG says:

    Hmmm… Jgn lupa, Ubuntu adalah daripada debian.
    Debian pun kna preview gak…
    Terbaru ialah Lenny. klu ble, tlg bari iso dalam satu link jer.
    Maklumlahlah, Pc xde.. ada kritikal masalah sket. tapi ingin mencuba Lenny sgt2.

Tinggalkan Komen