HP, salah satu jenama terkemuka dalam pembangunan komputer dan laptop, dikatakan sedang dalam perancangan menggunakan Google Android sebagai sistem operasi mereka untuk model-model netbook akan datang, sebagai ganti untuk sistem operasi Microsoft. Jika ianya benar dan terjadi, ianya bakal menjadikan Google Android sebagai sistem operasi terkemuka, dan bakal bersaing secara sihat dengan Windows.

Netbook HP Di Jangkakan Bakal Menggunakan Android [via]
Selain HP, Asus turut sama dalam perancangan memperkenalkan Eee PC berasaskan Android. Dell juga dikatakan sedang dalam perancangan menggunakan Android dalam beberapa peralatan keluarannya, termasuk telefon bimbit dan aplikasi internet mudah alih.
Ramai pengeluar kini beralih kepada sumber terbuka, dan Android terutamanya memandangkan ianya sesuai digunakan didalam netbook, selain boleh memaksimakan pendapatan mereka berbanding apabila mereka mengeluarkan netbook dengan sistem operasi Windows. Selain daripada itu, ekonomi yang lemah juga kini menjadikan pengguna membeli netbook yang lebih murah, walaupun menggunakan sebarang sistem operasi, sekaligus menyumbang kepada peratus penggunaan sistem operasi sumber terbuka dan Linux.


aku baru je beli netbook keluaran lenovo.aku intall eeebuntu.