Pemain Media VLC Makin Menarik

Mungkin ramai sudah maklum terdapat beberapa pemain media yang berasaskan sumber terbuka di luar sana, dan antaranya adalah Miro dan juga VLC Media Player. Pada Khamis yang lepas, pihak pembangun VideoLan, telah melepaskan versi terkini VLC Media Player, iaitu versi 0.9.9, yang mana memperlihatkan ianya sudah menghampiri versi 1.0.

VLC Media Player Pada Vista
VLC Media Player Pada Windows Vista

Melalui versi terkini, VLC Media Player memperlihatkan peningkatan prestasi pada Mac yang menggunakan cip Intel, selain bereksperimen dengan Real Video 3.0 & 4.0 menggunakan FFMPEG, yang mana secara langsung meningkatkan sokongan fail-fail Real Media pada semua platform.

Anda boleh memuat-turun pemain video sumber terbuka ini secara percuma. Versi 1.0 dijangka bakal membawakan era baru kepada pemain video VLC Media Player ini. Sama-sama kita nantikannya.

2 Komen

  1. kaizer says:

    inilah kelebihan sumber terbuka.cepat berkembang

  2. cool. aku nak download kejap lagi.

Tinggalkan Komen