Pidgin yang mana sebelumnya dikenali sebagai Gaim adalah salah satu klien IM multi-protocol untuk Linux, BSD, Mac OS X dan juga Windows. Menariknya, ia mengintgrasikan MSN, YM!, IRC, Jabber, dan banyak lagi dibawah satu aplikasi. Terkini, Pigdin 2.5.6 telah pun dilepaskan.

Pidgin Ketika Beraksi [via]
Para pengguna Pidgin boleh log masuk ke pelbagai rangkaian IM pada sesuatu masa, dan membolehkan anda berchatting dengan rakan dari pelbagai rangkaian pada masa yang sama. Sebagai contoh, anda boleh bersembang dengan rakan dari Yahoo! Messenger, MSN Messenger dan pada saluran IRC pada masa yang sama.
Anda boleh memuat-turun Pidgin secara percuma dari laman rasmi mereka, atau ketahui dengan lebih lanjut mengenai perubahan yang dilakukan pada versi 2.5.6 yang baru dikeluarkan ini.


setakat ni aku x boleh lagi guna pidgin.langsung x connect.aku harap lepas install yg baru ni ok kot.
Wah, menarik. tp aku tak test lagi, duk layan irc kat freenode jerk. kena belajar lagi ni. ades