Mungkin ramai yang ingin membuat tema untuk sistem operasi mereka ikut citarasa masing-masing, tetapi tidak ketahui caranya. Menariknya, Nurfaiz telah pun menyediakan tutorial ringkas untuk membuat tema GDM anda sendiri dengan mudah, dan ianya adalah percuma.
Sebelum ini pun ramai yang bertanya akan cara membuat tema untuk Ubuntu, malah ramai juga yang berminat untuk membangunkannya. Mungkin kini sudah tiba masanya untuk mereka-mereka seperti AbdusFauzi dan PC Formula membangunkan tema untuk Ubuntu. =)
Tutorial ringkas itu juga ditulis dengan penuh ringkas dan mendedahkan langkah demi langkah dalam pembuatan satu tema GDM dengan mudah sekali. Nurfaiz berharap agar dengan adanya tutorial ringkas ini, lebih ramai akan bergiat secara aktif dan menyumbang kepada sumber terbuka.
Sekiranya anda ada membangunkan tema GDM anda sendiri, anda boleh menghantarkannya kepada LinuxMalaya, dan kami akan mengehoskan tema GDM anda secara percuma, selain mengumpulkan tema-tema buatan tempatan di satu tempat.





Terima kasih bro.lepas ni bolehlah aku buat thema aku sendiri.aku baca tutorial nurfaiz ni baru aku rasa “mudah je cuma ubah pada .xml tu jekan”.tq la bro letak link blog aku kat situ.
thanks for the tutorial. nnti boleh la send kat linux malaya
hehe. insyaAllah, bila berkesempatan. dah lama dah niat tu.
[^^]