KDE 4.3 Beta 1 Sedia Untuk Di Uji

Pembangun KDE telah pun mengumumkan pelepasan KDE 4.3 Beta 1 pada 13 Mei 2009, iaitu, beta pertama untuk antaramuka desktop KDE 4. Melalui KDE 4.3 dijangka, pelbagai perkara akan dinaik-taraf sekali gus membawakan persekitaran desktop yang cantik dan mudah digunakan.

KDE 4.3 Beta 1
Antaramuka Persekitaran Desktop KDE 4.3 Beta 1

Beberapa perkara baru dalam KDE 4.3 adalah:

  • Integrasi dengan pelbagai teknologi baru seperti PolicyKit dan servis-servis berkaitan Geolocation.
  • Efek animasi tetingkap yang baru dan pelbagai tambahan baru untuk Plasma.
  • Kegunaan Run Command yang lebih banyak dan menarik.
  • Pelbagai peningkatan prestasi dalam pelbagai aplikasi dan penyelesaian masalah-masalah yang telah dikenal pasti sebelum ini.

Info lanjut mengenai KDE 4.3 Beta 1 boleh dibaca pada halaman info khas untuknya. Bagi pengetahuan anda, KDE 4.3 Beta 1 juga dikenali sebagai KDE 4.2.85.

1 Komen

  1. abdusfauzi says:

    waaah! KDE dah makin cun! suke suke! :D

Tinggalkan Komen