Pihak pembangun antaramuka desktop KDE telah pun melepaskan kemaskini aplikasi mereka, iaitu KDE 4.2.3, yang mana menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti, terutama pada aplikasi seperti KRunner, KScreensaver, Konquest, KMail, Ark dan banyak lagi.

Oleh kerana ianya hanya versi kemaskini, tiada sebarang fungsi baru yang diperkenalkan. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perubahan pada aplikasi KMail yang mana memperlihatkan penambah-baikkan pada fungsi Online IMAP Filtering. Anda boleh membaca senarai penuh perubahan pada KDE 4.2.3 pada laman rasmi mereka.



Tiada Komen