Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan berita yang mana Linux Foundation mengambil alih kawalan ke atas domain Linux.com pada awal tahun ini, yang mana sebelumnya dijaga oleh SourceForge. Kini, mereka telah pun membawakan rupa baru untuk Linux.com yang mana tampak lebih menarik berbanding sebelumnya.

Antaramuka Laman Linux.com Yang Baru
Rupabentuk baru ini juga membahagikan berita mengikut kategori, selain memperlihatkan beberapa berita utama pada halaman utamanya. Selain daripada itu, kedudukan iklan juga tidak begitu menganggu, malah disusun dengan begitu menarik sekali.
Linux.com juga kini memperkenalkan sistem keahlian yang serba baru, yang mana ahli aktif boleh memenangi hadiah-hadiah menarik daripada laman tersebut. Mungkin selepas ini, Linux.com bakal menjadi laman sosial terbesar bagi para pengguna Linux berkomunikasi antara satu sama lain.
Kredit : DownloadSquad




nice design! clean!
Wow! sangat hebat. dari dulu tgk linux.com mcm takda apa2. skrg mereka dah ambil langkah untuk maju & mem-popular kan linux kembali. i agree with abdusfauzi, clean. very simple n full with linux updates.
yg sgt best mereka guna joomla! yeah one of my fav. cms nowdays. i think, amanz & linuxmalaya should use joomla. it’s because i prefer wordpress for blogging and joomla for news.
Hmm. Aku dah terbiasa dengan WordPress, sebab tue stay dengan WordPress jer. Kalau ada projek baru lepas nie, aku akan gunakan Joomla =)