Linux Mint 7 RC Boleh Di Cuba Sekarang

Salah satu sistem operasi yang berasaskan Ubuntu Jaunty Jackalope, Linux Mint sudah pun mengeluarkan Linux Mint RC 7. Menariknya pada Linux Mint adalah dimana antaramuka desktop GNOME digunakan dan ditetapkan dengan rekabentuk antaramuka Windows, dimana taskbar diposisikan dibahagian bawah.

Skrin Boot Linux Mint
Skrin GRUB Linux Mint [via]

Mint 7 RC masih lagi dalam peringkat pembangunan, oleh itu, mereka masih belum menyokong pemasangan melalui Mint4Win. Walaubagaimanapun, sokongan Mint4Win bakal diintegrasikan pada versi akhir kelak. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mencuba Mint 7 RC dengan menggunakan VirtualBox atau VMware, atau mendapatkan pengalaman penggunaannya dengan menggunakan LiveCD.

Beberapa fungsi baru yang dikenal pasti adalah seperti pada sistem menu, pengurus aplikasi dan pengurus muat-naik, yang mana membawakan beberapa fungsi baru seperti carian, aplikasi menarik dan sebagainya. Mint Menu kini membawakan fungsi carian yang mana lebih kurang seperti pada Vista dan Windows 7. Menariknya, sekiranya carian anda tidak dijumpai, ia akan memaparkan beberapa carian berkaitan dengan kata kunci anda.

Anda boleh memuat-turun dan mencuba Linux Mint 7 RC. Walaubagaimanapun, ianya dinasihatkan supaya tidak memasangnya sebagai sistem operasi utama, kerana ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin terdapat serba-sedikit kekurangan atau masalah yang belum dikenal pasti.

2 Komen

  1. Ada tak laman web yang bersamaan motif seperti melayubuntu.blogspot.com ? . . . mungkin ada yang sedang membina atau ada yang tidak lagi . .

  2. muhammad fakhri says:

    terima kasih diucapkan kepada saudara/i di atas artikel yg berguna ini.
    saya merupakan pengguna windows xp..
    saya rasa tertarik dengan ciri2 yang ada pada linux mint ini dan ingin mencubanya..
    soalan saya:

    1) dimanakah boleh saya mendapatkan linux mint ini?? selain daripada download..
    maksud saya adakah linux mint ini boleh di dapati di kedai2 komputer??

    2)Apakah minimal system requaiment yg diperlukan untuk menggunakan os ini??

Tinggalkan Komen