Mandriva 2009.1 Membawa Pelbagai Perubahan

Para pembangun Mandriva telah pun mengumumkan pengeluaran Mandriva 2009.1 yang diberikan nama kod Pauillac. Beberapa perkara yang telah dipertingkatkan termasuklah tempoh masa boot yang lebih pantas hampir 25% daripada versi sebelumnya.

Mandriva
Desktop Mandriva [via]

Selain daripada itu, Mandriva 2009.1 juga turut membawakan beberapa ciri-ciri dan aplikasi yang terkini seperti KDE 4.2.2, GNOME 2.26, XFCE 4.6, dan X.ORG Server 1.6, Firefox 3, OpenOffice 3, dan juga pemain media Songbird. HDT (Hardware Detection Tool) juga turut dikemaskini, yang mana kini memperlihatkan komponen-komponen sistem seperti PCI, CPU, Disks dan sebagainya dengan lebih menarik lagi.

Sama seperti Ubuntu, Mandriva juga telah mempertingatkan sokongan mereka kepada Netbooks, dan kini mereka turut menyediakan sokongan untuk Asus Eee PC, Acer One 110, Acer One 150, Lenovo S10, Samsung NC-10 dan banyak lagi.

Maklumat lanjut mengenai Mandriva 2009.1 boleh dibaca di halaman rasmi mereka. Anda boleh mula memuat-turun Mandriva 2009.1 secara percuma yang mana disediakan dalam lebih 70 bahasa berlainan.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen