Versi terkini perisian aplikasi pejabat sumber terbuka, OpenOffice.org 3.1 telah pun dilepaskan dan sedia untuk dimuat-turun. Seperti mana diketahui ramai, selain daripada perisian Microsoft Office, OpenOffice.org merupakan aplikasi pejabat yang diguna pakai oleh ramai pengguna.
Pihak pembangun antaramuka desktop KDE telah pun melepaskan kemaskini aplikasi mereka, iaitu KDE 4.2.3, yang mana menyelesaikan beberapa masalah yang telah dikenal pasti, terutama pada aplikasi seperti KRunner, KScreensaver, Konquest, KMail, Ark dan banyak lagi. Oleh kerana ianya hanya versi kemaskini, tiada sebarang fungsi baru yang diperkenalkan.
Bulan April memperlihatkan beberapa distro terkemuka mengemaskini sistem operasi mereka, sekaligus ini telah meningkatkan angka pengguna Linux seluruh dunia. Setelah sekian lama, akhirnya kini peratusan pengguna Linux seluruh dunia mencecah lebih daripada 1%. Selain daripada sistem operasi, pelayar web juga memperlihatkan penambahan penggunaan pelayar web berasaskan sumber terbuka.
Sebelum ini, Adobe sudah pun mengeluarkan Flash Player 64-bit untuk para pengguna Linux, dan kini mereka sedang mencari pencuba untuk mencuba terlebih dahulu Adobe Air 64-bit untuk para pengguna Linux. Menariknya, Adobe Air 64-bit dibangunkan terlebih dahulu untuk para pengguna Linux berbanding sistem operasi yang lain. Sebelum ini, Adobe sudah pun melepaskan Adobe Air versi 32-bit untuk para pengguna Linux bersama-sama untuk pengguna Windows.
Para pembangun Mandriva telah pun mengumumkan pengeluaran Mandriva 2009.1 yang diberikan nama kod Pauillac. Beberapa perkara yang telah dipertingkatkan termasuklah tempoh masa boot yang lebih pantas hampir 25% daripada versi sebelumnya.





