Pembangunan Karmic Koala Sudah Di Mulakan

Mungkin ramai yang masih dalam proses percubaan Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) yang dilepaskan baru-baru ini, namun begitu, ianya tidak menghentikan pihak pembangun Ubuntu daripada mengeluarkan versi terkini untuk sistem operasi kegemaran ramai itu. Terkini, Ubuntu 9.10 Alpha 1 sudah pun dilepaskan kepada para pengguna untuk diuji.

Oleh kerana ianya versi Alpha, yang mana dikategorikan dalam versi pembangunan, fungsi Live CD tidak disediakan dan perlu dipasang secara manual. Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) dijangka bakal menemui para pengguna pada 29 Oktober 2009, bersama-sama dengan versi alternatif yang lain seperti Kubuntu dan juga Xubuntu.

Ubuntu 9.10 Alpha 1 ini masih tidak memperlihatkan sebarang perubahan drastik, selain menggunakan kernel Linux 2.6.30 RC 5, OpenOffice.org 3.1.0 dan menggunakan sistem EXT3. Kubuntu pula menggunakan KDE 4.2.2 manakala Xubuntu menggunakan XFCE 4.6.

Ianya masih dalam peringkat pembangunan, jadi anda dinasihatkan tidak memasangnya pada komputer utama anda, selain melaporkan sebarang kekurangan atau masalah yang timbul melalui LanchPad kepada pihak Ubuntu.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen