Penguji Adobe Air 64-bit Untuk Linux Di Cari

Sebelum ini, Adobe sudah pun mengeluarkan Flash Player 64-bit untuk para pengguna Linux, dan kini mereka sedang mencari penguji untuk mencuba terlebih dahulu Adobe Air 64-bit untuk para pengguna Linux. Menariknya, Adobe Air 64-bit dibangunkan terlebih dahulu untuk para pengguna Linux berbanding sistem operasi yang lain.

Adobe Air Untuk Linux

Sebelum ini, Adobe sudah pun melepaskan Adobe Air versi 32-bit untuk para pengguna Linux yang mana boleh dipasang para sistem operasi mereka dengan mudah sekali. Oleh kerana permintaan yang tinggi untuk versi 64-bit, Adobe sudah pun mula membangunkan versi 64-bit, dan untuk mencubanya, anda hanya perlu menghantarkan emel kepada Adobe dengan beberapa data berkenaan anda.

Via : DownloadSquad

1 Komen

  1. KAIZER says:

    leh cuba ni.tq

Tinggalkan Komen