Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) Di Lepaskan

Setelah mengeluarkan beberapa versi beta, tepat pada waktu yang dijanjikan, Canonical telah pun melepaskan Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope pada 23 April 2009 yang lepas. Antara perkara baru pada Ubuntu 9.04 adalah fungsi notifikasi, sokongan sistem fail EXT4, tambahan tema baru, skrin log masuk baru dan kemaskini aplikasi terkemuka seperti Firefox 3 dan OpenOffice.org 3.0.

Ubuntu 9.04
Antaramuka Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope [via]

Selain daripada itu, Ubuntu 9.04 juga dipertingkatkan prestasinya, dan membawakan masa boot yang lebih pantas daripada sebelumnya. Sistem operasi Ubuntu 9.04 juga memperkenalkan pengenalan papan kekunci secara automatik, aplikasi menangkap paparan antaramuka dan aplikasi terminal yang dipertingkatkan. Ubuntu 9.04 juga kini memperlihatkan countdown timer apabila anda memilih antara LogOut, Shutdown atau Restart. Selepas memilih pilihan ini, anda akan diberikan 60 saat untuk berubah fikiran.

Ubuntu 9.04 didatangkan dalam beberapa pilihan termasuk versi server, desktop dan juga versi khas untuk para pengguna Netbook. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan CD Ubuntu 9.04 secara percuma, sekiranya anda mempunyai sambungan internet yang lemah.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen