Setelah berusaha keras selama 5 bulan, kini pihak pembangun Amarok membawakan versi terbaru pemain media mereka, iaitu Amarok 2.1. Mulai versi 2.0 lagi, pelbagai fungsi baru beserta antaramuka baru dibawakan oleh pihak pembangun Amarok, menjadikannya pemain media yang interaktif dengan pelbagai fungsi-fungsi yang menarik.

Antaramuka Amarok 2.1
Amarok 2.1 juga membawakan pelbagai perkara dan fungsi baru iaitu;
- Peningkatan Fungsi Playlist. Kini anda boleh lakukan carian dan menapisnya dengan mudah, dan mengendalikan playlist lagu anda dengan lebih efektif lagi. Selain itu, antaramuka playlist baru diperkenalkan dengan kebolehan untuk menukar kepara rekabentuk antaramuka yang digemari anda.
- Bookmarking. Sekiranya anda sedang mendengar kepada podcast atau suatu track audio yang panjang, Amarok akan secara automatik mengenal pasti minit dan saat yang terakhir anda mendengar, sekaligus menyambungnya apabila anda kembali mendengar audio tersebut.
Selain itu pelbagai perkara baru yang turut diperkenalkan adalah seperti pengenalan antaramuka baru untuk Last.fm yang mana membolehkan para pengguna mendengar lagu mengikut artis, tag lagu dan sebagainya; sokongan kulit album untuk para pengguna iPod; dan pelbagai perkara baru lagi.
Amarok adalah pemain media bercirikan seperti iTunes yang berasaskan sumber terbuka dan didatangkan khas untuk pengguna GNU/Linux, Mac OS X dan juga Windows. Anda boleh memuat-turun Amarok 2.1 sekarang dan menikmati muzik dengan lebih baik lagi.


Terima kasih untuk info ni.aku akan pasang untuk merasai fungsi ia yg terbaru.
amarok dah makin maju dah sekarang..