Walaupun masih ramai pengguna yang masih menikmati pemasangan Fedora 11 (Leonidas) yang baru dilepaskan, para pembangun disebalik sistem operasi Fedora sudah giat merancang untuk membangunkan versi seterusnya, iaitu Fedora 12. Fedora 12 dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, yang mana bakal membawakan pelbagai aplikasi dan perisian sumber terbuka bersamanya kelak.
Fedora 12 versi Alpha dijangka akan dilepaskan pada pertengahan bulan Ogos ini, atau lebih tepat lagi pada 18 Ogos, diikuti dengan Beta pada 6 Oktober, dan RC pada 20 Oktober. Versi penuh Fedora dijangka akan dilepaskan dua minggu lepas versi RC, iaitu pada 3 November. Walaubagaimanapun, tarikh-tarikh ini tertakluk kepada perubahan, bergantung kepada pembangunan dan pelepasan aplikasi dan perisian sumber terbuka yang diguna pakai didalam pembangunan Fedora 12 kelak.

Fedora 11 Dengan Persekitaran Desktop GNOME
Beberapa perkara yang bakal diguna pakai dalam Fedora 12 adalah seperti persekitaran desktop GNOME 2.28, persekitaran desktop KDE 4.3, sokongan IPv6, Empathy sebagai ganti kepada Pidgin, dan banyak perkara lagi. Fungsi-fungsi baru yang bakal diintegrasikan di dalam Fedora 12 akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Buat sementara itu, anda boleh mencuba Fedora 11 pada komputer anda, atau melalui VirtualBox. Anda juga boleh mencadangkan nama yang sesuai untuk digunakan sebagai nama kod Fedora 12.



Fedora 11 pun tak abis godek lagi. Cepat betul disto di kejar mengejar dengan Ubuntu.
setakat ni xpnh gune distro lain selain ubuntu
cmner korg sumer gune distro2 lain yer
sy kurang pendedahan, sume blajr sndiri
macam mana nak dapatkan fedora 12?