Google Chrome Untuk Linux Di Perkenalkan

Walaupun sebelum ini para pengguna Linux sudah boleh mencuba pelayar web Chromium, kini, Google sudah pun mengumumkan Google Chrome khas untuk para pengguna Linux. Walaubagaimanapun, ianya masih versi pembangunan, dan amat kurang stabil, disamping tidak menyokong beberapa perkara, seperti pada versi Windows.

Ramai yang meminati Chrome, kerana cara ia mengendalikan proses yang berbeza dengan pelayar web yang lain, di mana Chrome mengendalikan setiap tab sebagai proses yang berasingan. Kesan daripadanya, sekiranya anda menghadapi masalah ketika melayari sesuatu laman web, tab yang digunakan untuk melayari laman web itu sahaja akan menghadapi masalah, dan bukan satu pelayar web secara keseluruhannya.

Ianya sudah sekian lama Chrome dibangunkan oleh Google, dan kini sudah mencecah versi 3.0 yang mana ianya sudah mula menyokong aplikasi pihak ketiga melalui extensions. Kini, dengan sokongan Chrome untuk Linux, ianya membawa satu lagi berita gembira buat komuniti sumber terbuka. Sebelum ini pun, ramai yang sudah mencuba Chromium untuk Linux, yang mana dibangunkan daripada kod sumber untuk Google Chrome.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memasangnya pada sistem anda sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, atau ketahui kesan penggunaan aplikasi yang tida begitu stabil. Versi Beta dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.

2 Komen

  1. ella says:

    tak sabar nak try chome dalam jaunty nih..

  2. faiz says:

    this chrome have bug to view many tab in one moment..

Tinggalkan Komen