Kini, Netbook sudah menjadi antara gajet yang diguna pakai oleh ramai pengguna, dan dengan itu, banyak distro khas untuk netbook kini dibangunkan yang mana membawakan fungsi yang maksima dengan penggunaan ruangan dan sumber yang minimum. Selain Ubuntu Netbook Remix dan Moblin, salah satu sistem operasi khas untuk netbook yang kian mendapat perhatian adalah Jolicloud.

Skrin Log Masuk JoliCloud [via]
Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan untuk mula muat-turunnya, anda memerlukan emel jemputan daripada pihak Jolicloud. Anda boleh mendapatkan emel jemputan tersebut dengan mengisikan alamat emel anda di laman rasmi Jolicloud. Seperti yang dimaksudkan oleh namanya – CLOUD, sistem operasi ini memaksimakan penggunaan internet dalam sistem operasinya, bersesuaian dengan tujuan asal netbook yang mana direka khas untuk membolehkan anda berada dalam talian dimana jua. Pada masa ini, Jolicloud masih lagi dalam peringkat Alpha, dan menyokong kebanyakkan netbook yang berada di pasaran.

Antaramuka Desktop JoliCloud [via]
Jolicloud mengguna pakai Flash, platform Adobe Air, Google Gears dan juga Wine dalam pembangunan sistem operasi mereka, sekaligus membolehkan anda menjalankan pelbagai aplikasi web dengan mudah. Selain itu, menariknya pada Jolicloud adalah ia menyediakan halaman desktop yang menarik sekali dengan akses pantas ke beberapa aplikasi web yang diguna ramai seperti Facebook, Google Reader, Twitter dan sebagainya. Anda juga boleh menambah dan membuang aplikasi web pada Jolicloud anda supaya ia menepati cita rasa anda.

Direktori Aplikasi Web Pada JoliCloud [via]
Oleh kerana ianya masih lagi dalam peringkat Alpha tertutup, maka anda perlukan emel jemputan untuk dapat menggunakannya. Ianya mungkin terdapat beberapa masalah pepijat yang masih belum diperbaiki. Versi akhir sistem operasi ini dijangka akan dilepaskan dalam tahun ini juga. Kini, ianya sudah mencecah versi Alpha 2, yang mana sudah membawa pelbagai fungsi menarik bersamanya. Sama-sama kita menantikan perkembangannya.


wah.cun la gui dia.mcm lebih cantik berbanding moblin.nanti aku try kat netbook aku.
thank for info…
cun laaaaaa GUI dyerk.. kalah windows 7 aq nyer!
selain netbook, boleh install dalam laptop biasa tak? how about desktop? ade sapa2 pernah cuba?
Erm. Aku tgh tunggu invitation dia. Kalo dapat, nanti aku try pasang kat desktop. Huhu.
saya ada mencuba jolicloud ini ke atas laptop biasa. semua ok (sound,wifi)installation lancar macam ubuntu biasa dan saya guna laptop acer 4935
Sangat best especially webapp dia syoknyer sekarang saya dah boleh blog dgn senang dan laju.
waw…comel2…bley cuba utk future netbook aku.. *peace*
kat ne bley dpt ek
oh…baru baca entry dgn lengkap..dh registered…
netbook leh guna photoshop kerk?
cantik dashboard, look promissing tunggu la dia release
sdg komen dari jolicloud … so far so good. dell mini 10.
[...] of all, thanks to Linuxmalaya for introducing me with the Jolicloud. I have installed it and I enjoy using it on my netbook. Here is the screen shot of the main [...]