Bapa kepada Linux, Linus Torvalds telah pun mengumumkan pelepasan kernel Linux terkini, iaitu versi 2.6.30, yang mana membawakan sokongan kepada sistem fail NILFS32, selain membawa sokongan DRM untuk kad video Radeon R6xx/R7xx, sokongan modul sekuriti Tomoyo, dan membawa sokongan masa boot yang lebih pantas. Selain itu, mulai versi kernel seterusnya yang bakal dilepaskan pada September 2009 ini, ianya bakal membawakan sokongan kepada USB 3.0.
Kernel Linux 2.6.30 membawakan peningkatan prestasi kepada sistem fail sedia ada, selain memperkenalkan sistem fail NILFS32, sokongan asas kepada NFS 4.1, sokongan Microblaze CPU Architecture, dan sokongan kepada driver untuk pelbagai hardware baru.
Kernel merupakan komponen pusat untuk kebanyakan sistem pengoperasian yang mengatur penggunaan ingatan/memori, peranti masukan dan keluaran, proses-proses, penggunaan fail pada sistem fail dan lain-lain dalam sains komputer, . Kernel juga menyediakan sekumpulan layanan yang digunakan untuk mengakses kernel yang disebut system call. System call ini digunakan untuk mengimplementasikan berbagai-bagai layanan yang diberikan oleh sistem pengoperasian. Program sistem dan semua program-program lainnya yang dijalankan di atas inti disebut mod pengguna.
Kernel Linux terdiri dari beberapa bahagian penting, seperti: pengurusan proses, pengurusan ingatan, pemacu perkakasan, pemacu sistem fail, pengurusan jaringan dan lain-lain. Namun bahagian yang terpenting ialah pengurusan proses dan pengurusan ingatan. Pengurusan ingatan meliputi penggunaan ingatan, kawasan pertukaran, bahagian-bahagian kernel dan untuk cache penimbal (buffer cache). Pengurusan proses menangani penggunaan proses-proses dan penjadualan proses. Pada bahagian dasar kernel terdapat pemacu perkakasan untuk setiap jenis perkakasan komputer yang disokong. [WikiPedia]




ah’ha klu support usb3.0 ok lah tu..
usb 3.0 dh ade ke kt mlysia ni