Selepas Ubuntu dan Mandriva masing-masing melepaskan versi terbaru distro mereka, kini Fedora pula melepaskan Fedora 11 dengan nama kod Leonidas. Lewat dua minggu daripada yang dijanjikan, Fedora 11 didatangkan dalam dua perisa, GNOME dan KDE. Fedora 11 juga membawakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan daripada versi sebelumnya.
Setelah berusaha keras selama 5 bulan, kini pihak pembangun Amarok membawakan versi terbaru pemain media mereka, iaitu Amarok 2.1. Mulai versi 2.0 lagi, pelbagai fungsi baru beserta antaramuka baru dibawakan oleh pihak pembangun Amarok, menjadikannya pemain media yang interaktif dengan pelbagai fungsi-fungsi yang menarik.
Walaupun sebelum ini para pengguna Linux sudah boleh mencuba pelayar web Chromium, kini, Google sudah pun mengumumkan Google Chrome khas untuk para pengguna Linux. Walaubagaimanapun, ianya masih versi pembangunan, dan amat kurang stabil, disamping tidak menyokong beberapa perkara, seperti pada versi Windows.




