Red Hat Melepaskan Fedora 11 (Leonidas)

Selepas Ubuntu dan Mandriva masing-masing melepaskan versi terbaru distro mereka, kini Fedora pula melepaskan Fedora 11 dengan nama kod Leonidas. Lewat dua minggu daripada yang dijanjikan, Fedora 11 didatangkan dalam dua perisa, GNOME dan KDE. Fedora 11 juga membawakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan daripada versi sebelumnya.

Fedora 11 (Leonidas) Versi GNOME
Fedora 11 (Leonidas) Versi GNOME [via]

Melalui Fedora 11 – Leonidas, pihak Fedora membawakan masa boot yang lebih pantas, iaitu kurang daripada 20 saat. Masa untuk shutdown komputer anda juga dikurangkan berbanding sebelumnya. Selain itu, Fedora 11 membawakan sistem fail EXT4 sebagai asas untuk pemasangannya. Fedora 11 juga didatangkan dengan dua pilihan persekitaran desktop yang berbeza iaitu GNOME dan KDE. Untuk versi GNOME, mereka mengguna-pakai GNOME 2.26.1, yang mana memperkenalkan Brasero sebagai aplikasi asas untuk burn CD/DVD dan perubahan sedikit dari segi rekabentuk antaramuka. Versi KDE pula mengguna-pakai KDE 4.2.2 yang membawakan rekabentuk persekitaran desktop yang amat menarik sekali.

Fedora 11 (Leonidas) Versi KDE
Fedora 11 (Leonidas) Versi KDE [via]

Dari segi aplikasi pula, Fedora membawakan pelbagai aplikasi baru dalam Fedora 11, seperti Mozilla Firefox 3.5 Beta untuk pelayaran web, Thunderbird 3 Beta untuk pengurusan emel, kawalan audio yang dipertingkatkan, MiniGW yang membolehkan pemasangan aplikasi Windows pada Fedora, aplikasi pemasangan font dan mime automatik yang membolehkan aplikasi pihak ketiga memasang segala codec dan bentuk tulisan yang dikehendaki.

Selain daripada itu, Fedora 11 juga membawakan rekabentuk artwork yang baru, daripada skrin boot hingga ke desktop, selain memperkenalkan Plymouth yang membawakan animasi boot yang amat menarik dan memikat hati. Anda boleh mula memuat-turun Fedora 11 dalam bentuk GNOME ataupun KDE dan mula menggunakannya sekarang.

2 Komen

  1. ahmad yani says:

    salam…memang betul fedora amat menarik untuk diterokai tapi yang menjadi masalahnya kepada pengguna baru seperti saya ialah networking wirelessnya yang susah untuk diselesaikan,termasuk juga detect grafiknya yang bagi saya cukup susah jika nak dibandingkan dengan ubuntu.

    sekiranya ada jalan yang mudah untuk pengguna yang baru untuk mengenali dunia linux..saya pasti fedora akan menjadi pilihan yang tepat.

  2. faiz says:

    my comment using fedora :
    sbb tu fedora hanya locate utilynya shj berbanding distro yang lain, and masa boot juga jd lah pantas..

    using ubuntu :
    driver dan utily juga dpt detect dgn lebih pantas, try karmic koala jika ingin merasai boot kurang drpd 27 sec, try it!

Tinggalkan Komen