Ubuntu 9.10 Alpha 2 Membawakan GRUB2 & EXT4

Dengan pelepasan Ubuntu 9.04 tempoh hari, Canonical sudah pun memulakan pembangunan untuk versi sistem operasi Ubuntu yang berikutnya, iaitu Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Versi pembangunan terkini yang sudah dilepaskan untuk diuji oleh para pengguna dan pembangun adalah Ubuntu 9.10 Alpha 2. Melaluinya, mereka membawakan skrin GRUB yang serba baru serta sistem fail EXT4 sebagai sistem fail asas.

GRUB Loader yang lama sudah sekian lama digunakan oleh kebanyakkan distro Linux yang terdapat pada masa kini. Untuk membawakan pembaharuan, GRUB2 telah diperkenalkan dan sedang dibangunkan. Ubuntu 9.10 kelak akan mengguna pakai GRUB2 Loader, selain turut membawakan sistem fail EXT4 sebagai sistem fail asas ketika pemasangan Ubuntu 9.10.

grub2
GRUB2 Loader

Selain itu, Ubuntu 9.10 Alpha 2 juga membawakan pakej inti (Kernel) yang terkini, iaitu kernel Linux versi 2.6.30. Beberapa aplikasi GNOME juga turut dikemaskini, seperti Pidgin, Totem Movie Player, Gedit, Nautilus dan Brasero. Anda boleh mencuba versi pembangunan Ubuntu 9.10 Alpha 2 ini, tetapi anda dinasihatkan untuk tidak memasangnya pada komputer utama anda kerana mungkin terdapat sedikit permasalahan yang masih belum dikenal pasti lagi.

1 Komen

  1. Izzuddin says:

    Assalamualaikum w.b.t.

    Wah!!! X sbr nk tggu version 9.10. kernel baru, GRUB baru, sistem fail baru, aplikasi GNOME updated. Still waiting 4 u bebeh!

Tinggalkan Komen