Mungkin ramai yang malas untuk memformat atau memasang distro-distro baru Linux pada komputer utama mereka, hanya untuk mengujinya sahaja. Untuk mengatasi perkara ini, ramai yang sudah lama mengguna-pakai VirtualBox, yang mana membolehkan anda menguji terlebih dahulu sesuatu distro pada Windows, OS X ataupun sistem Linux yang lain. VirtualBox membolehkan anda menjalankan sistem operasi di dalam sebuah sistem operasi yang sedia ada.

Antaramuka VirtualBox Beta 3 [via]
Terkini, pihak pembangun VirtualBox telah melepaskan versi beta pertama untuk VirtualBox 3.0. Melalui versi terkini ini, ianya membawakan sokongan aplikasi Direct3D 8/9 pada Windows, dan juga sokongan OpenGL 2.0 pada sistem Windows, Linux dan Solaris. Selain daripada itu, pelbagai permasalahan yang telah dikenal pasti sebelumnya telah diselesaikan, dan membawakan penambah-baikkan pada antaramukanya.
Anda boleh mencuba versi beta ini terlebih dahulu, namun mungkin terdapat sedikit masalah atau pepijat yang belum dikenal pasti lagi. Sebaliknya, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows, Microsoft ada menyediakan aplikasi VirtualPC untuk anda.




waaah. dah ade direct3D. hehe
still xleh nk detect dsl connection walaupun dah install guest addition..