Mozilla Labs telah pun melepaskan versi terkini sistem synchronisation antara kata laluan dan bookmark mereka, Weave. Secara asasnya, Weave Sync membolehkan para pengguna mendaftarkan diri kepada servis Weave dan segala data pelayaran web seperti sejarah pelayaran, bookmarks, kata laluan, dan tetapan di simpan di pelayar Mozilla Weave.
Acer hari ini, melalui PC World, mengatakan bahawa mereka masih lagi dalam pembangunan netbook menggunakan sistem operasi Android, dan ianya bakal menemui para pengguna pada suku tahun ketiga tahun ini. Selain itu, menurut Acer lagi, netbook tersebut tidak akan ditawarkan dengan sistem operasi Windows. Ini bermakna, netbook itu dioptimasikan dan didatangkan khas dengan sistem operasi Android sahaja.
Pembangun openSUSE sudah pun mengumumkan pelepasan fasa keempat pembangunan openSUSE 11.2 yang diberikan nama kod Fichte. Versi penuh openSUSE 11.2 dijangka akan menemui para pengguna pada bulan November ini. Fasa keempat pembangunan openSUSE ini membawakan kemaskini kepada aplikasi NetworkManeger, Samba, YaST dan banyak lagi.
Pada 23 Julai yang lepas, pihak Canonical telah pun melepaskan alpha ketiga bagi versi sistem operasi Ubuntu yang bakal menjelang tiba pada hujung bulan Oktober kelak – Ubuntu 9.10 (Karmic Koala). Beberapa perkara baru dalam Alpha 3 ini adalah pengintegrasian bersama Ubuntu One dan juga pengurus login yang diberikan nafas baru.
Setelah hampir lima bulan selepas mengeluarkan beta kedua Thunderbird 3.0, hari ini, pihak Mozilla telah pun melepaskan beta ketiga perisian aplikasi pengurusan emel mereka, Thunderbird. Thunderbird 3.0 Beta 3 dibangunkan menggunakan platform Gecko 1.9.1.1 yang mana membawakan lebih 500 perubahan dari versi beta kedua tempoh hari.






