Mozilla kini bercadang untuk memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka baru untuk versi baru pelayar web sumber terbukanya kelak. Rekabentuk dan antaramuka baru ini bakal diperkenalkan untuk para pengguna sistem operasi Windows terlebih dahulu. Buat masa ini, hanya beberapa cadangan sahaja yang diperlihatkan, dan mungkin ianya akan disertakan didalam Mozilla Firefox 3.7 kelak.

Contoh Rekabentuk Cadangan Untuk Aero Theme

Contoh Rekabentuk Cadangan Tanpa Aero Theme

Contoh Rekabentuk Cadangan Untuk Windows XP
Melalui pengenalan antaramuka GUI yang baru ini, Mozilla cuba mengintegrasikan beberapa perkara dalam rekabentuk pelayar webnya, iaitu;
- Menggunakan Glass dan Aero Theme : Kini, Microsoft menggunakan Aero Theme dalam sistem operasi terbarunya termasuk didalam Windows Vista dan Windows 7. Mozilla juga cuba untuk mengintegrasikan Aero Theme kedalam pelayar web mereka dengan membawakan fungsi lutsinar dan juga persekitaran 3D.
- Tools / Bookmark Bar dan Page Button : Button Tools di sambungkan pada bahagian tepi pelayar web, memudahkan anda membuat sebarang perubahan dengan pantas dan mudah.
Mozilla sudah pun memulakan pembangunan Firefox 3.6 yang diberikan kod nama Namoroka. Melalui Namoroka, Mozilla bercadang memperkenalkan beberapa perkara baru termasuk mengintegrasikan aplikasi web-desktop, selain memperkenalkan beberapa fungsi baru seperti about:me.


yg ni seharusnye post kat amanz,pasal takde kene mengena ttgng linux..
walaupun xder kne mngena ngan Linux tap sekurang-kurangnya mozilla ni open source dan linux adalah sebahagian dari open source…. kan besenyer distro2 linux kan pkai mozilla… btol x?
nampak macam mahu lawan dengan google.
xbtoi..he3..
interface pkai dlm windows semua
[...] memperkenalkan antaramuka yang serba bau bagi Firefox. Jikalau sebelum ini dikatakan yang mana Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 bakal menerima antaramuka baru, kini ianya berubah apabila hanya Firefox 4.0 akan [...]
[...] Firefox 3.7 yang bakal membawakan beberapa fungsi yang baru. Sebelum ini, mereka merancang untuk memperkenalkan antaramuka yang baru, tetapi terpaksa batalkannya baru-baru ini. Namun begitu, pihak Mozilla merancang untuk [...]