Setelah hampir lima bulan selepas mengeluarkan beta kedua Thunderbird 3.0, hari ini, pihak Mozilla telah pun melepaskan beta ketiga perisian aplikasi pengurusan emel mereka, Thunderbird. Thunderbird 3.0 Beta 3 dibangunkan menggunakan platform Gecko 1.9.1.1 yang mana membawakan lebih 500 perubahan dari versi beta kedua tempoh hari.
Melalui versi beta ketiga ini, Thunderbird kini membawakan sokongan yang lebih dipertingkatkan untuk integrasi GMail, dimana beberapa sokongan GMail seperti Sent dan Trash disertakan sekali. Selain itu, Thunderbird 3.0 Beta 3 ini juga membawakan sokongan kepada fungsi tab emel, dimana sekiranya anda klik dua kali pada emel anda, ianya akan dibuka pada tetingkap tab yang baru di Thunderbird. Selain itu, kini fungsi Smart Folders turut diperkenalkan membolehkan para pengguna mengintegrasikan beberapa akaun emel pada satu inbox.
Thunderbird 3.0 Beta 3 boleh dimuat-turun untuk platform sistem operasi Windows, Mac OS X, dan Linux dan didatangkan dalam lebih 40 bahasa berbeza. Selain itu, Thunderbird 3.0 juga sudah tidak lagi menyokong versi Windows NT dan sebelumnya, termasuk Mac OS X 10.4 dan sebelumnya. Pembangunan Thunderbird 3.0 dilakukan dengan drastik, dimana pembangunan beta 4 sudah pun dimulakan. Tarikh akhir keluaran Thunderbird 3.0 masih tidak diketahui lagi.


Tiada Komen