Netbook Android Dari Acer Pada Suku Tahun Ke-3

Acer hari ini, melalui PC World, mengatakan bahawa mereka masih lagi dalam pembangunan netbook menggunakan sistem operasi Android, dan ianya bakal menemui para pengguna pada suku tahun ketiga tahun ini. Selain itu, menurut Acer lagi, netbook tersebut tidak akan ditawarkan dengan sistem operasi Windows. Ini bermakna, netbook itu dioptimasikan dan didatangkan khas dengan sistem operasi Android sahaja.

Android dan Acer

Acer kini merupakan pengeluar komputer mudah-alih ketiga terbesar didunia, dan pengeluaran netbook dengan sistem operasi Android, bakal memberikan kesan yang besar. Ramai pengeluar komputer mudah-alih juga kini menumpukan perhatian untuk mengeluarkan netbook dengan sistem operasi Android. Selain itu, ramai pengeluar telefon bimbit juga mula menggunakan Android pada telefon bimbit mereka.

Nampaknya, Google sudah pun dapat menceburi pasaran sistem operasi dengan Android yang dikeluarkan khas untuk telefon bimbit pintar pada awalnya. Sebelum ini, Google juga ada mengumumkan mereka bakal mengeluarkan sistem operasi Chrome OS pasa tahun hadapan.

3 Komen

  1. a.halim says:

    kalau boleh buat call lagi best…

  2. kaizer says:

    mengelabah r microsoft nti.hehehe.

  3. [...] ini pun, Android telah berjaya digunakan pada netbook dengan berjaya, malah ada yang mula merangcang untuk mengeluarkan netbook dengan sistem operasi [...]

Tinggalkan Komen