Pembangun openSUSE sudah pun mengumumkan pelepasan fasa keempat pembangunan openSUSE 11.2 yang diberikan nama kod Fichte. Versi penuh openSUSE 11.2 dijangka akan menemui para pengguna pada bulan November ini. Fasa keempat pembangunan openSUSE ini membawakan kemaskini kepada aplikasi NetworkManeger, Samba, YaST dan banyak lagi.

Antaramuka openSUSE 11.2 Versi GNOME [via]
Perubahan paling utama sejak Fasa ke-tiga adalah dimana, kini anda boleh menjalankan versi LiveCD secara terus daripada storan USB anda. Selain daripada itu, openSUSE 11.2 Fasa 4 juga membawakan kernel versi 2.6.30.3, KDE 4.3 RC1, dan Firefox 3.5 yang baru sahaja dilepaskan pihak Mozilla. Ia juga membawakan VirtualBox 3.0 Beta 2 dan juga SeaMonkey 2.0 Alpha 3.
Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan tidak sesuai digunakan di komputer utama, kerana mungkin terdapat beberapa masalah yang masih belum dikenal pasti secara keseluruhannya lagi. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mencubanya dalam versi LiveCD, atau memasangnya pada komputer kedua anda.




kawe mau speed boot.. developer masih mengabaikan tang ni.
[...] percubaan demi percubaan, akhirnya, kini OpenSUSE 11.2 telah pun dilepaskan secara rasminya, yang mana membawakan pelbagai [...]