Mungkin buat masa ini ramai sudah sedar akan pembangunan persekitaran desktop K (KDE) versi seterusnya, iaitu versi 4.3. KDE 4.3 dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada penghujung bulan Julai ini, yang membawakan generasi baru KDE. Awal bulan ini, pihak pembangun KDE sudah pun melepaskan KDE 4.3 RC1, yang mana sudah boleh diuji dalam bentuk LiveCD.

Antaramuka KDE 4.3 Dengan Tema Air
KDE 4.3.0 yang bakal dilancarkan akan menjadi antara persekitaran desktop yang termoden, tercantik dan menarik. Melalui KDE 4.3 RC1 ini, tema baru diperkenalkan yang mana diberi nama Air, mengantikan tema sedia ada, iaitu Oxygen. Tema Air akan menjadi tema pilihan utama pada KDE 4.3 kelak, membawakan tema yang lebih ringan daripada Oxygen yang digunakan sebelum ini.
KDE 4.3 bakal membawakan beberapa efek menarik yang baru, selain memperkenalkan tambahan baru pada Plasma, dan pelbagai peningkatan pada Plasma, selain menyelesaikan pelbagai masalah yang telah dikenal pasti sebelum ini. Ianya dijangka akan dilepaskan secara rasmi pada penghujung bulan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba KDE 4.3 RC1 yang mana merupakan versi pembangunan terakhir sebelum versi penuh dilepaskan.


Amboi cepatnye. Baru je rasanya test 4.2 hari tu.
em cantik2
em cantik2..power