Pada 23 Julai yang lepas, pihak Canonical telah pun melepaskan alpha ketiga bagi versi sistem operasi Ubuntu yang bakal menjelang tiba pada hujung bulan Oktober kelak – Ubuntu 9.10 (Karmic Koala). Beberapa perkara baru dalam Alpha 3 ini adalah pengintegrasian bersama Ubuntu One dan juga pengurus login yang diberikan nafas baru.

Ubuntu One Memudahkan Storan Fail Dalam Talian
Ubuntu One yang diperkenalkan tidak lama sebelum ini, kini telah diintegrasikan bersama dan menjadi sebahagian daripada sistem operasi Ubuntu. Fungsi utama Ubuntu One adalah dimana anda boleh menggunakan storan dalam talian bersama sistem operasi Ubuntu anda dengan mudah sekali. Ianya amat berguna sekali sekiranya anda menggunakan Ubuntu pada netbook yang kekurangan ruangan simpanan.
Selain daripada itu, Alpha ke-tiga Ubuntu 9.10 ini membawakan GNOME 2.27.4 versi pembangunan, serta mengantikan Pigin dengan Empathy sebagai klien instant messaging rasmi. Selain daripada itu, Alpha 3 juga membawakan kernel Linux 2.6.31 RC3, yang mana kini ditetapkan untuk menyokong Intel graphic secara asas.
Sekiranya anda ingin mencuba Ubuntu 9.10 Alpha 3 ini, anda dinasihatkan tidak menggunakannya di komputer utama anda, kerana mungkin terdapat beberapa pepijat dan masalah yang masih belum dikenal pasti lagi.




x sabar2 nak tunggu.. cambest jer!
Harap2 bila ubuntu 9.10 direleasekan boot speed nie lebih laju seperti yg dijanjikan
nak boot up laju kena guna netbook lah + 2gb ram
nak boot up laju kena guna netbook lah + 2gb ram
…