VLC 1.0 Membawakan Sokongan Codec HD Terbaru

Setelah hampir 8 tahun, pemain video yang disukai ramai, VLC Media Player, akhirnya telah mencecah versi 1.0.0 (Goldeneye) dan membawakan sokongan kepada codec HD, seperti Dolby Digital Plus, TrueHD, Real Video 4.0, dan Blu-Ray Linear PCM.

VLC 1.0
Pemain VLC 1.0 dan Playlist Pada Windows 7 Beta

Selain daripada itu, pelbagai perkara yang telah dipertingkatkan dalam versi terbaru pemain video VLC ini, termasuk membawakan sokongan kepada pelbagai codec yang baru, selain menyokong pelbagai platform, termasuk Windows, Linux dan Mac OS X. Melalui versi 1.0 ini juga, anda kini boleh mengubah toolbar mengikut citarasa anda dengan amat mudah sekali.

VLC adalah singkatan bagi VideoLAN Client yang mana membawakan sokongan multimedia kepada platform Linux, Windows dan juga Mac OS X, selain menjadikan kod sumber aplikasi mereka berlesenkan sumber terbuka.

1 Komen

  1. Izzuddin says:

    ya akhirnya muncul versi 1
    dah pn download utk Win XP
    dlm linux mybe nnt

Tinggalkan Komen