Skype 2.1 Beta Menambah-Baik Kualiti Panggilan

Setelah hampir dua tahun tiada sebarang kemaskini untuk Skype untuk Linux, kini para pembangunnya memberikan perhatian semula kepada Skype bagi pengguna Linux. Terkini, Skype untuk Linux versi 2.1 Beta telah pun dilepaskan, dan sudah boleh diuji oleh para pengguna Linux.

GIMP 2.7 Beta Sedia Di Uji

Para pembangun GIMP telah pun mengumumkan pelepasan versi beta untuk perisian mengedit gambar mereka yang akan datang, iaitu GIMP 2.7. Anda kini boleh mendapatkannya untuk platform Windows dan Linux secara percuma. GIMP 2.7 adalah produk yang masih tidak stabil, dan akan dibangunkan, dimana produk akhir kelak akan menggunakan nama GIMP 2.8.

Karmic Koala Membawakan Skrin Boot Serba Baru

Setiap versi Ubuntu akan membawakan pembaharuan dan penambahbaikkan dalam sistem operasi mereka. Terkini, melalui versi pembangunan Ubuntu 9.10 (Karmic Koala), Canonical memperlihatkan boot splash yang serba baru. Rekabentuk baru ini dibangunkan menggunakan XPlash mengantikan Usplash. Selain daripada boot splash, penukaran sistem operasi dalam bentuk grafik juga diperkenalkan, yang mana boleh diakses dengan menekan kekunci ESC.

Mozilla Labs Memperkenalkan TestSwarn

Mozilla Labs hari ini memperkenalkan salah satu projek terbaru mereka yang diberikan nama TestSwarn, yang mana membolehkan pengujian pengintegrasian untuk JavaScript. Projek sampingan untuk menyokong jQuery ini kini telah dijadikan projek rasmi Mozilla Labs.

Fedora 12 “Constantine” Alpha Sedia Di Uji

Setelah pelepasan Fedora 11 tempoh hari, ianya sudah menandakan yang mana pembangunan Fedora 12 sudah pun dimulakan. Fedora 12 bakal dikenali dengan nama kod Constantine, dan versi Alpha pertamanya sudah pun dilepaskan oleh para pembangunnya. Fedora 12 “Constantine” dijangka akan dilepaskan sebulan selepas Windows 7 dikeluarkan kelak.