Setelah pelepasan Fedora 11 tempoh hari, ianya sudah menandakan yang mana pembangunan Fedora 12 sudah pun dimulakan. Fedora 12 bakal dikenali dengan nama kod Constantine, dan versi Alpha pertamanya sudah pun dilepaskan oleh para pembangunnya. Fedora 12 “Constantine” dijangka akan dilepaskan sebulan selepas Windows 7 dikeluarkan kelak.
Antara perkara baru didalam Fedora 12 Alpha ini adalah seperti:
- Sokongan webcam yang lebih baik dan dipertingkatkan.
- Sokongan IPv6 pada Network Manager.
- Sokongan networking yang ditambah baik.
- Pengurusan tenaga yang lebih baik untuk laptop dan notebook.
- Empathy menjadi klient IM asas.
Fedora 12 dijangka akan dilepaskan pada 18 November 2009. Walaubagaimanapun, tarikh ini masih belum muktamad, dan mungkin mempunyai kelewatan ataupun tidak.


Tiada Komen