GIMP 2.7 Beta Sedia Di Uji

Para pembangun GIMP telah pun mengumumkan pelepasan versi beta untuk perisian mengedit gambar mereka yang akan datang, iaitu GIMP 2.7. Anda kini boleh mendapatkannya untuk platform Windows dan Linux secara percuma. GIMP 2.7 adalah produk yang masih tidak stabil, dan akan dibangunkan, dimana produk akhir kelak akan menggunakan nama GIMP 2.8.

Menariknya dalam GIMP 2.7, adalah, kini anda sudah boleh men-tag beberapa perkara pada sumber GIMP seperti brushes dan patterns. Selain itu, fungsi Save As dan Export juga telah diasingkan. Banyak perkara baru juga telah diperkenalkan, selain memperbaiki perkara-perkara dan fungsi-fungsi sedia ada.

Anda boleh memuat-turun kod sumber bagi GIMP 2.7 daripada laman rasmi GIMP, ataupun memuat-turun fail pemasangan Windows dari laman FileHippo, dan mencuba alternatif kepada Adobe Photoshop ini.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen