Karmic Koala Membawakan Skrin Boot Serba Baru

Setiap versi Ubuntu akan membawakan pembaharuan dan penambahbaikkan dalam sistem operasi mereka. Terkini, melalui versi pembangunan Ubuntu 9.10 (Karmic Koala), Canonical memperlihatkan boot splash yang serba baru. Rekabentuk baru ini dibangunkan menggunakan XPlash mengantikan Usplash. Selain daripada boot splash, penukaran sistem operasi dalam bentuk grafik juga diperkenalkan, yang mana boleh diakses dengan menekan kekunci ESC ketika boot.

Ubuntu 9.10 Karmic Koala dijangka akan dilepaskan pada 29 Oktober 2009, menjadikannya sebagai sistem operasi Ubuntu versi ke-11. Antara fungsi baru yang dijangka akan disertakan di dalam Ubuntu 9.10 adalah penggunaan GNOME 2.28 yang membawakan pelbagai peningkatan dalam menyediakan persekitaran desktop yang ringan dan menarik, penggunaan kernel Linux 2.6.31 yang membawakan sokongan kepada webcam dan peralatan wireless, selain membawakan sokongan sistem fail yang serba baru.

1 Komen

Tinggalkan Komen