Mozilla Labs Memperkenalkan TestSwarn

Mozilla Labs hari ini memperkenalkan salah satu projek terbaru mereka yang diberikan nama TestSwarn, yang mana membolehkan pengujian pengintegrasian untuk JavaScript. Ianya dahulunya dimulakan sebagai projek sampingan untuk menyokong jQuery, tapi kini telah dijadikan projek rasmi Mozilla Labs.

Tujuan utama TestSwarn adalah untuk mempermudahkan proses menjalankan ujian JavaScript pada pelbagai pelayar web, dengan menyediakan aplikasi yang bersesuaian untuk mengintegrasi JavaScript. Ianya masih belum lagi ditambah ke halaman rasmi projek Mozilla, dan masih lagi dalam peringkat pembangunan lagi (alpha). Anda boleh melihat dan memahami TestSwarn dengan lebih mendalam lagi, dengan melihat video ringkas mengenainya.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen