Opera Bakal Memperkenalkan Opera Mobile Untuk Android

CEO Opera semalam telah mengesahkan yang mana mereka akan membangunkan Opera Mobile 9.7 khas untuk platform Android. Sebelum ini, beta pertama Opera Mobile 9.7 telah pun dilepaskan untuk platform Windows Mobile dan juga untuk pengguna Symbian. Pengumuman ini semestinya membawakan senyuman kepada semua pengguna Android.

Sebelum ini, Opera telah pun mengeluarkan Opera Mini 4.2 khas untuk pengguna Android pada awal tahun ini. Buat masa ini, masih tiada tarikh yang nyata bilakah Opera Mobile untuk Android akan dikeluarkan. Pada bulan Jun 2009, lebih daripada 26.5 juta pengguna telah mengakses laman web dengan menggunakan Opera Mobile, memperlihatkan peningkatan sebanyak lebih 143% berbanding tahun lepas.

Opera Mobile 4.2 membawakan fungsi Opera Turbo, yang mana membolehkan para pengguna melayari web dengan kelajuan yang lebih pantas walaupun pada sambungan 2G sahaja. Bagi para pengguna desktop dan laptop, Opera 10 juga bakal mengintegrasikan fungsi ini selain membawakan fungsi Opera Unite.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen