Skype 2.1 Beta Menambah-Baik Kualiti Panggilan

Setelah hampir dua tahun tiada sebarang kemaskini untuk Skype untuk Linux, kini para pembangunnya memberikan perhatian semula kepada Skype bagi pengguna Linux. Terkini, Skype untuk Linux versi 2.1 Beta telah pun dilepaskan, dan sudah boleh diuji oleh para pengguna Skype pada platform Linux.

null
Skype Pada Moblin Linux [via]

Melalui Skype 2.1 Beta untuk Linux, ianya membawakan kualiti panggilan audio yang lebih baik, selain menggunakan sambungan internet yang kurang berbanding sebelumnya. Selain itu, anda juga kini boleh menikmati panggilan video berkualiti tinggi, selain menggunakan PulseAudio. Penggunaan SMS juga diperkenalkan, selain fungsi penggunaan chat yang dipertingkatkan.

Anda boleh memuat-turun Skype 2.1 Beta untuk Linux bagi sistem Ubuntu 8.04 dan terkini, Fedora 9 dan terkini, openSUSE 11, Debian Lenny, dan distro-distro Linux lain yang berkait dengannya.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen