Buat masa ini, dua distro khas untuk netbook, Moblin dan Jolicloud terus berevolusi dari masa ke semasa membawakan antaramuka yang lebih menarik dan memudahkan pengguna. Hal ini telah membuka mata Canonical, dimana kini mereka turut sama membawakan antaramuka serba baru untuk Ubuntu Netbook Remix.

Antaramuka Serba Baru Ubuntu Netbook Remix [via]
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam proses percubaan, dan belum dikeluarkan kepada umum. Antaramuka yang serba baru ini adalah salah satu perkara baru dalam pembangunan Karmic Koala untuk Ubuntu Netbook Remix. Antaramuka baru ini adalah lebih ringkas dan tidak serabut seperti versi terdahulu.
Sekiranya anda ingin mencuba Ubuntu Netbook Remix yang serba baru ini, anda boleh memuat turun fail ISO-nya daripada laman rasmi Karmic Koala. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam versi alpha, dan mungkin terdapat masalah yang masih belum dikenal pasti lagi.



ok r sikit interface baru ni.berminat la gak nak install kalau dh release nti.
hari-hari naik bosan pula pakai perisian microsoft.
teringin nak cuba perisian os yang lain.
interface cun.. A.K. nak jadi orang pertama gunakannya. Ahaks~
harap2 kali ini bila klik pada folders, isi kandungan folders akan dipaparkan dalam panel utama dan bukan membuka window nautilus yg baru
Kat mana nak beli Ubuntu Netbook Remix ni? Saya kat Jln Raja Laut. Law Yat ada ke?
Download kat tenet jer. Free.
di manakah saya bleh mendapatkan ubuntu netbook remix ni??
saya ni baru beberapa hari menggunakan UNR(ubuntu netbook remix)9.10..
dan saya bercadang untuk buang saja windows..
tapi amat menyedihkan apabila ubuntu yg baru saya install ni wow slow6 gile.. lembap dan sangat lambat untk response ooo sangat mengejutkn.. sy bukn nk kutuk tapi nk bagitahu masaalah yg sy hadapi ni.. cuma meminta bantuan..
buat masa ni sy x dapat nk gunakn UNR kerana tersangat perlahan dn mengejutkn skali HANG..
sy sangat memerlukn bantuan skrang..
spesifikasi netbook sy adalah seperti berikut
http://www.crunchgear.com/2009/07/23/review-acer-aspire-one-751h-netbook/
cuba tgk sini – https://help.ubuntu.com/community/AspireOne