GIMP 2.8 Membawakan Perubahan Besar Pada Antaramuka

Setelah sekian lama, kini disahkan yang mana GIMP 2.8 akan membawakan fungsi satu tetingkap, yang mana telah lama dinantikan oleh para pengguna GIMP. Selain daripada fungsi satu tetingkap, GIMP 2.8 juga akan membawakan pelbagai fungsi baru untuk digunakan oleh para pengguna editor imej sumber terbuka ini.

GIMP 2.8
Rekabentuk Asas Untuk GIMP 2.8 [via]

Menariknya, sekiranya anda sudah biasa dengan tetapan GIMP buat masa ini, yang membuka beberapa tetingkap ketika ingin mengedit imej, anda masih boleh mengekalkannya, dan fungsi satu tetingkap yang bakal diperkenalkan bukanlah satu paksaan. Anda juga boleh mengubah rekabentuk tetingkap GIMP anda mengikut citarasa dan kepenggunaan anda dengan mudah.

Selain daripada fungsi satu tetingkap, ianya juga dijangka, GIMP 2.8 bakal memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk yang baru, untuk memudahkan para pengguna menggunakan aplikasi sumber terbuka tersebut.

5 Komen

  1. Kaizer says:

    Wah baru best nak edit-edit gmbar.Aku kurang biasa tetingkap yg berpisah antara satu sama lain.Ini baru menyerupai photoshop..

  2. Akmal Hisyam says:

    GIMP semakin seronok!
    yay!

  3. safar says:

    Alternatif photoshop ni.belum cuba lagi.

  4. Ubunchu says:

    Memang hebatlah perisian sumber terbuka ini…
    Insha Allah GIMP mungkin dapat mengatasi Photoshop kelak, dengan itu GIMP akan dikatakan professional dan pelajar seni tak payah buang duit lagi. Photoshop tu harganya boleh dikatakan tak masuk akal….orang gila duit….mmm

    Oohh Blender juga agak power ye~

  5. [...] GIMP 2.8 Bakal Membawakan Perubahan Antaramuka [...]

Tinggalkan Komen