KOffice 2.1 Beta 2 Di Lepaskan

Selain daripada OpenOffice, salah satu aplikasi sumber terbuka yang lain adalah KOffice. Kini, pihak pembangunnya sudah pun mengumumkan melepasan versi beta kedua untuk aplikasi KOffice 2.1 yang akan dilepaskan tidak lama lagi. Beta 2 ini membawakan pelbagai peningkatan prestasi, selain menyelesaikan pelbagai masalah dan memperkenalkan beberapa perkara baru.

KOffice 2.1 Beta 2

Sama seperti OpenOffice, KOffice juga terdiri daripada beberapa aplikasi pejabat, seperti KWord (word processor), KSpread (spread sheet), KPresenter (presentation), KPlato (project management), Karbon (vector graphics), dan juga Krita (graphics editor).

Beta kedua KOffice 2.1 ini membawakan kebolehan Microsoft Office import filters, danm menyelesaikan beberapa kesalahan taip yang biasa berlaku. Ia juga membawakan kembali fungsi formula matematik, dan membawakan penambah-baikkan kepada fungsi carta, teks dan imej yang sedia ada.

Senarai perubahan boleh dibaca pada laman rasmi KOffice, dan boleh dimuat-turun dan uji terlebih dahulu. Pihak pembangunnya juga meminta para pengguna yang mendapati sebarang masalah dengan aplikasi tersebut, supaya melaporkan kepada mereka untuk diperbaiki sepenuhnya. KOffice 2.1 dijangka akan dilepaskan pada Oktober 2009 kelak.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen