Salah seorang pekerja Nokia secara rasminya telah menulis diblog beliau yang mana KOffice akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan aplikasi pejabat di Maemo 5. KOffice yang ringan dan fleksible telah membolehkan ianya menjadi asas dalam pembangunan aplikasi pejabat untuk telefon mudah-alih pintar.

Nokia sendiri, telah membangunkan antaramuka khas untuk Maemo 5 dengan menggunakan KOffice sebagai asas kepadanya. Menariknya, Nokia juga telah menyumbang dengan menjadikan sokongan untuk fail-fail MS Office lebih stabil berbanding sebelumnya. Ianya dijangka akan dipersembahkan secara rasmi pada Maemo Summit yang bakal diadakan di Amsterdam pada awal Oktober ini.
Maemo merupakan platform perisian yang dibangunkan oleh Nokia khas untuk Internet Tablet yang dibangunkan oleh mereka. Ianya banyak menggunakan kod sumber terbuka, dan dibangunkan dengan kerjasama bersama badan dan projek sumber terbuk yang lain seperti GNOME, Debian dan banyak lagi.




Tiada Komen