Pembangunan Mandriva 2010 menghampiri fasa terakhir apabila pihak pembangunnya telah mengumumkan pelepasan Mandriva Linux 2010 RC1. Mandriva Linux 2010 dibangunkan dengan misi untuk mempertingkatkan pengalaman penggunaan untuk tugas harian, dan dijangka akan dilepaskan pada bulan November ini.
Mandriva Linux 2010 RC1 yang baru dilepaskan ini dibangunkan dengan menggunakan kernel Linux 2.6.31, KDE 4.3, GNOME 2.2.7.9, dan XFCE 4.6.1, membolehkan anda memilih bentuk desktop kegemaran anda. Peningkatan yang nyata kelihatan pada aplikasi pengurusan profail Network (NetProfile) yang mana membolehkan para pengguna menggunakan rangkaian (network) berbeza mengikut jenis profail mereka. Selain daripada itu, aplikasi terkini seperti Amarok 2.2 Beta, Sage 4.1, VirtualBox 3 dan OpenOffice 3.1 turut diintegrasikan dalam Mandriva Linux 2010 RC1.
Mandriva Linux 2010 RC1 boleh dimuat-turun dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit. RC2 dijangka akan dilepaskan pada awal Oktober ini, dan versi akhir Mandriva Linux 2010 dijangka akan dilepaskan pada 3 November kelak.


Tiada Komen