Parted Magic 4.5 Di Lepaskan

Pembangun Parted Magic secara rasminya telah pun mengumumkan pelepasan Parted Magic 4.5, iaitu salah satu aplikasi pengurusan partition yang menyokong pelbagai platform. Partition Magic boleh digunakan untuk membuat partition baru, selain mengubah dan membuang partition sedia ada.

Versi terkini Partition Magic 4.5 dibangunkan dengan asas kernel Linux 2.6.30.6, yang mana membawakan penyelesaian beberapa masalah, selain membawakan peningkatan prestasi dan beberapa fungsi baru. Melalui versi terbaru ini juga, Parted Magic membawakan penjimatan penggunaan RAM berbanding sebelumnya. Sekiranya dulu, Parted Magic memerlukan RAM sebanyak 256MB, kini ianya hanya memerlukan 192MB sahaja.

Maklumat penuh berkaitan dengan Parted Magic boleh dibaca pada halaman rasmi mereka. Anda boleh memuat-turun Parted Magic secara percuma sebagai fail ISO untuk digunakan pada CD/DVD atau fail USB untuk digunakan pada USB.

Tiada Komen

Tinggalkan Komen