Pemain Media VLC 1.0.2 Di Lepaskan

Setelah memperkenalkan VLC Player 1.0.1 dua bulan yang lepas, hari ini, pihak pembangun pemain media VideoLan ini melepaskan VLC 1.0.2 yang mana menyelesaikan beberapa masa sekuriti yang dikenal pasti pada versi sebelumnya itu. Pemain media VLC 1.0.2 ini diberikan nama kod Goldeneye.

Selain daripada masalah sekuriti, VLC 1.0.2 juga membawakan sokongan dekoder untuk WMA Professional, dan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan dengan Theora dan OGG. Selain daripada itu, VLC 1.0.2 membawakan sokongan penuh untuk platform 64-bit bagi sistem operasi Mac OS X 10.5 dan juga 10.6 yang baru dilepaskan.

Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media sumber-terbuka yang mana membawa sokongan kepada pelbagai bentuk fail audio dan video. Anda boleh memuat-turun VLC 1.0.2 untuk sistem operasi Windows, Mac OS X dan Linux secara percuma. Bagi pengguna sedia ada, anda boleh menggunakan fungsi kemaskini automatik yang disertakan di dalam pemain media VLC.

4 Komen

  1. Akmal Hisyam says:

    huhu..
    x mnt VLC..
    lg mnt Mplayer..

  2. Anarm says:

    aku lg suke KMPlayer..

  3. iszma says:

    Majoriti movie yg tak dapat dimainkan pada Mplayer dapat dimainkan di VLC.VLC best

  4. eyeman says:

    ok. jap lagi download..

Tinggalkan Komen