Thunderbird 3 Beta 4 Membawakan Perubahan Fungsi Carian

Selepas melepaskan Thunderbird 3 Beta 3 tempoh hari, pihak Mozilla hari ini melepaskan Thunderbird 3 Beta 4 hari ini, yang mana dibangunkan menggunakan platform Gecko 1.9.1.3 dan membawa lebih 200 penyelesaian daripada Beta 3 tempoh hari. Beberapa fungsi baru juga turut sama diperkenalkan dalam Thunderbird 3 Beta 4 ini.

Carian Thunderbird
Fungsi Carian Di Thunderbird Yang Di Pertingkatkan [via]

Salah satu fungsi baru adalah kebolehan membuat carian dengan sokongan auto-complete. Selain daripada itu, fungsi Activity Manager membolehkan anda menyimpan data interaksi diantara Thunderbird dengan penyedia emel anda. Selain daripada itu, kini anda boleh menambah akaun emel baru anda pada Thunderbird dengan lebih mudah. Dengan hanya mengetahui nama pengguna dan kata laluan sahaja, anda sudah boleh menambah kebanyakkan akaun emel terkemuka di Thunderbird.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkaitan Thunderbird 3 Beta 4 pada halaman rasmi mereka, ataupun memuat-turun dan mencuba terus Thunderbird 3 Beta 4 pada platform Windows, Mac OS X, mahupun Linux. Ianya masih belum diketahui bilakah Thunderbird 3 akan dilepaskan secara rasminya.

1 Komen

  1. [...] Setelah ditunggu-tunggu, akhirnya, Mozilla Thunderbird 3 hari ini dilepaskan kepada para pengguna, di mana mereka boleh mencubanya disebarang platform, samaada Windows OS, Mac OS X, ataupun Linux. Thunderbird 3 membawakan pelbagai inovasi, beserta dengan beberapa ciri-ciri baru, yang menjadikan aplikasi pengurusan emel ini kini lebih menarik. [...]

Tinggalkan Komen