Hari ini, Mark Shuttleworth mengumumkan nama kod bagi Ubuntu 10.04 kelak, yang mana diberi nama Lucid Lynx. Ubuntu 10.04 Lucid Lynx kelak akan dilepaskan pada bukan April 2010 kelak. Buat masa ini, para pembangun Ubuntu sedang giat membangunkan Ubuntu 9.10 Karmic Koala yang akan dilepaskan pada bulan Oktober 2009 kelak.
Ubuntu 10.04 Lucid Lynx juga akan diberikan sokongan jangka masa panjang (LTS). Versi Ubuntu terakhir yang mendapat sokongan jangka masa panjang adalah Ubuntu 8.04, yang mana dilepaskan pada April 2008, dan dijangka akan diberikan sokongan sehingga April 2011.
Lucid Lynx dianggap sebuah nama yang amat unik bagi komuniti Linux seluruh dunia. Lynx adalah antara pelayar web berasaskan teks yang mana telah dilepaskan pada tahun 1992, dan masih disokong sehingga sekarang, manakala kata kunci Lucid, mungkin didatangkan daripada Lucid Emacs, iaitu salah satu cabang daripada XEmacs, yang mana dahulunya dikenali sebagai GNU Emacs.




Apapenambahan ubah suai Ubuntu 10.04 ni pulak?mesti lagi bestkan.
OMG! Ubuntu ni best giler~
Saya baru cuba install Microsoft 2007 menggunakan playonlinux….tak ku sangka ia boleh digunakan takde perbezaan langsung, sama seperti kat window$..
Baru tahun lepas saya cuba dan awal tahun in dan install langsung tak boleh buka…sekarang semua berfungsi.
Harap-harap Ubuntu 10.04 ni ok sebab 9.04 masih ada banyak masalah berbanding 8.04 dan 8.10 walaupun 9.04 sudah dilepaskan agak lama.
Insha Allah ia best
Oh dan nama 10.04 ni Cool gile hehe
u install microsoft office 2007 die ada request serisl key x??
huhuhu…. susah ar nk kejar Linux… laju jer kuar