Ubuntu 9.10 Alpha 6 Membawakan Ubuntu Software Store

Para pembangun Ubuntu sedang giat mengusahakan versi berikut bagi sistem operasi mereka, iaitu Ubuntu 9.10. Terkini, mereka telah pun melepaskan Ubuntu 9.10 versi pembangunan alpha ke-enam bagi para pengguna dan pembangun untuk mencubanya, sebelum ianya dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober kelak.

Ubuntu 9.10 Alpha 6 kini membawakan skrin splash yang berasaskan X, yang mana ianya merupakan salah satu langkah dalam membawakan masa boot yang lebih pantas berbanding sebelumnya.Ubuntu Software Store membolehkan anda dengan mudah mencari aplikasi asas, memasangnya atau membuangnya daripada sistem operasi Ubuntu anda. Selain itu, Ubuntu Software Store juga diintegrasikan kedalam Alpha 6 ini, beserta dengan fungsi Ubuntu One.

Dari segi aplikasi desktop dan sebagainya, Ubuntu 9.10 Alpha 6 membawakan GNOME 2.28 RC1, yang mana memperlihatkan versi akhir Ubuntu kelak akan menggunakan GNOME 2.28. Kernel Linux pula telah dikemaskini kepada versi 2.6.31.

Ubuntu 9.10 dijangka akan dilepaskan pada Oktober 29 kelak, yang mana akan membawakan pelbagai perubahan daripada versi Ubuntu 9.04. Bagi yang ingin mencuba terlebih dahulu versi alpha ini, anda boleh memuat-turunnya dan mencubanya pada komputer anda. Walaubagaimanapun, ianya dinasihatkan supaya anda tidak memasangnya pada komputer utama, kerana mungkin terdapat beberapa masalah dan pepijat yang masih belum dkenal pasti lagi dalam versi alpha ini.

2 Komen

  1. Ubunchu says:

    Woah ! Hebat betul!

    Adakah software store ini akan menggantikan Add/Remove ataupun ia satu fungsi baru sepenuhnya ?
    Saya dah lama tertanya-tanya bilakah mereka akan me-reka design baru untuk cara download software dan ini adalah hebat!
    Ini juga mengandungi elemen daripada Steam kan? Sebab tertera diatas itu ada “price”, jadi maksudnya akan ada platform untuk publisher menjual perisian khas untuk Ubuntu ye tak?
    Oooh ini membuatkan saya menanti-nantikan 9.10 :D

  2. akieb says:

    saya mengalami masalah dengan resolution la… kenapa ubuntu 9.10 yang ada hanya 800 – 600.pixels.padahal yang saya perlukan adalah 1600 – 900.pixels. paparan menjadi cukup besar la.jadi bagaimana yer… apa yang perlu saya buat? segala komen anda amatlah dihargai.terima kasih..

Tinggalkan Komen